Khamis, 2 April 2015

Welcome To My Blog
#my_profile
****************************************

Pancaran Biji Benih

pancaran ialah cara untuk membawa biji benih jauh daripada induknya . pancaran membolehkan biji benih disebarkan ke tempat lain.

rajah dibawah menunjukkan cara penyebaran biji benih ..



1.Tumbuhan perlu membiak untuk kemandirian spesiesnya iaitu memastikan spesiesnya dapat terus hidup di bumi ini.

 2.Salah satu cara bagi tumbuhan untuk memastikan kemandirian spesiesnya ialah melalui penyebaran biji benihnya.

 3.Cara tumbuhan menyebarkan biji benihnya.

 4.Untuk penyebaran yang berkesan,struktur fizikal biji benih/buah disesuaikan dengan kaedah penyebarannya.

 5.Antara penyesuaian ini ialah: Cara Penyebaran Penyesuaian Biji Benih / Buah Haiwan Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan Biji benih keras, susah hadam Angin Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu Air Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara Mekanisme letupan Permukaan buah menjadi tegang apabila kering 

Tumbuhan memerlukan agen untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih perlu disebarkan untuk mengelakkan berlakunya persaingan di antara anak-anak pokok.
Terdapat 4 agen penyebaran biji benih iaitu melalui haiwan/serangga, air, angin dan mekanisme letupan.

a) agen penyebaran - haiwan/serangga
Biji benih yang disebarkan melalui kaedah ini mempunyai beberapa ciri iaitu:-
i. rasa yang sedap
ii. bau yang harum
iii. biji benih yang kecil dan keras
iv. mempunyai warna yang menarik
v. mempunyai cangkuk
Contoh biji benih ialah rambutan, betik, durian, manggis, cili, kemuncup dan lain-lain lagi.

b)agen penyebaran - air
Ciri-ciri biji benih ialah:-
i. mempunyai kulit yang kalis air
ii. boleh terapung di permukaan air
iii. kulit berlilin
iv. habitat tumbuhan berhampiran air
v.bersabut
vi. mempunyai rongga udara
Contoh ialah buah pong-pong, kelapa, teratai




c) agen penyebaran - angin
Ciri-ciri biji benih ialah:-
i. mempunyai kepak dan struktur seperti sayap
ii. ringan dan mudah diterbangkan oleh angin
iii.berbulu
Contoh ialah biji buah meranti, angsana, lalang dan dendelion



d)agen penyebaran - mekanisme letupan
Ciri-ciri biji benih:-
i. mempunyai kulit luar yang akan kering dan boleh merekah apabila matang
Contoh ialah keembong, getah, bendi, saga, jering dan lain-lain lagi